Router pada asasnya:
- Router diperlukan bagi mencapai hosts segment tertentu di mana maklumat segment tersebut tiada di dalamnya
- Router menggunakan routing table untuk melakukan route antara rangkaian
Mari kita lihat contoh bagaimana cara router berfungsi di bawah:
Satu:
Gambar rajah di atas adalah contoh PC A menghantar maklumat kepada PC B melalui IP default gateway. PC A mahu menghantar maklumat kepada PC B melalui IP default gateway akan melalui beberapa proses seperti penerangan di bawah:
- PC A menghantar packet yang bukan di dalam segment kepada default gateway.
- IP default gateway adalah alamat local router yang di konfigurasi pada PC A.
- IP encapsulates pada PDU dalam packet layer 3 akan mengarah Layer 2 menghantar packet kepada default gateway.
Gambar rajah di atas adalah contoh PC A melakukan broadcast melalui switch bagi mengetahui alamat IP default gateway. PC A akan melakukan broadcast melalui switch bagi mengetahui alamat IP default gateway seperti penerangan di bawah:
- Bagi menghantar packet, PC A memerlukan maklumat alat rangkaian next-hop Layer 2. ARP table di dalam PC A tiada maklumat tersebut dan perlu mengesahkan maklumat alamat Layer 2 (mac-address) default gateway tersebut.
- Oleh kerana PC A tiada mapping alamat Layer 2 dan Layer 3 bagi default gateway, PC A akan melakukan proses standard ARP bagi mendapatkan mapping tersebut.
- PC A menghantar ARP request kepada router melalui switch.
Gambar rajah di atas adalah contoh router menerima ARP request daripada PC A melalui switch. Router akan melalui proses penerimaan ARP request dari PC A seperti penerangan di bawah:
- Pengguna meletakan alamat IP 192.168.3.2 sebagai default gateway di dalam PC A.
- PC A alamat IP 192.168.3.1 menghantar keluar ARP request dan router terima maklumat tersebut.
- Maklumat ARP request mempunyai maklumat PC A, router akan memasukkan maklumat tersebut ke dalam ARP table router.
Gambar rajah di atas adalah contoh router memberi maklum balas ARP reply kepada PC A melalui switch. Router memberi maklum balas ARP reply kepada PC A melalui switch seperti penerangan di bawah:
- Router melakukan proses ARP request seperti hosts yang lain dan menghantar kandungan maklumat ARP reply router
Gambar rajah di atas adalah contoh PC A menerima maklumat ARP reply dari router melalui switch. PC A menerima maklumat ARP reply dari router melalui switch seperti penerangan di bawah:
- PC A menerima ARP reply dari ARP request dan menyimpan maklumat tersebut ke dalam ARP table