Enam:
Gambar rajah di atas adalah contoh PC A menghantar frame kepada default gateway pada router melalui switch. Setelah PC A menerima maklum balas ARP dari route, PC A dapat mengetahui dimana sumber default gateway seperti penerangan di bawah:
- Sekarang Layer 2 frame dapat di hantar kepada default gateway.
- Frame tersebut di hantar bersama alamat IP local host dan Mac-address sebagai source.
Tujuh:
Gambar rajah di atas adalah contoh
router melakukan proses routing bagi menentukan kemana packet akan dihantar. Kemudian frame tersebut akan diproses oleh router setelah mengenali MAC address PC A seperti penerangan di bawah:
- Apabila router menerima frame, router mengenali MAC address dan memproses frame tersebut.
- Pada Layer 3, router melihat destinasi alamat IP bukan alamatnya, router akan meletakkan semua destinasi packets yang tidak diketahui kepada proses routing.
- Proses routing menetukan kemana packet perlu dihantar.
Lapan:
Gambar rajah di atas adalah contoh
router menyimpan routing table membolehkan packet di hantar terus kepada Layer
2 interface yang betul seperti penerangan di bawah:
- Proses routing akan melihat destinasi alamat IP di dalam routing table. Pada contoh gambar di atas, destinasi segment adalah melalui interface sercara direct connect.
- Routing proses sudah boleh menghantar packet terus kepada Layer 2 mengikut interface yang betul selepas mengetahui sambungan interface.
Sembilan:
Gambar rajah di atas adalah contoh router menghantar ARP request melalui switch bagi mengetahui sambungan PC B. Seterusnya router akan menghantar ARP bagi mengetahui alamat IP dan MAC PC B seperti penerangan di bawah:
- Layer 2 akan menggunakan ARP proses bagi mendapatkan mapping untuk alamat IP dan MAC address.
- Router akan mendapatkan maklumat Layer 2 sepertimana PC A dan melakukan ARP request bagi alamat destinasi Layer 3 untuk di hantar kepada sambungan.
Sepuluh:
Gambar rajah di atas adalah contoh
PC B memberi maklum balas ARP reply kepada router melalui switch. Kemudian PC B akan memberi balas kepada ARP request yang diterima dari router seperti penerangan di bawah:
- PC B menerima frame yang mengandungi ARP request dan memberi maklum balas kepada ARP proses.
- ARP proses mengambil maklumat router daripada ARP request dan menyimpan maklumat ke dalam ARP table.
- ARP proses menjana ARP reply dan menghantar kembali kepada router.
Sebelas:
Gambar rajah di
atas adalah contoh router menerima ARP reply dari PC B melalui switch. Pada akhir proses router dapat menghantar packet setelah mempunyai maklumat ARP yang diterima seperti penerangan di bawah:
- Router menerima ARP reply dan mengambil maklumat yang diperlukan bagi menyampaikan packet kepada hop seterusnya.
- Router menyimpan ARP tablet dan memulakan proses packet-forwading.