Pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana switch layer 2 berfungsi menghantar packet di dalam rangkaian anda.
Switch layer 2 pada asasnya:
- Tugas switch hanya menerima maklumat mac-address serta menghantar mac-address kepada destinasi host mac-address yang memberi maklum balas.
- Melakukan flood pada setiap switch port bagi mengenal pasti mac-address host berada di dalam switch tersebut
- Switch akan bertindak bijak mengenali sumber mac-address yang diterima serta menyimpan maklumat port mapping mac-address yang dipelajari ke dalam mac-address table
Cara pertama:
Gambar
rajah di atas adalah contoh switch menerima maklumat frame mac-address dari pc
host A. Mari baca penerangan di bawah:
- PC A ingin hantar maklumat kedalam rangkaian. Sebelum IP packet di hantar kepada default gateway, mac-address perlu di perolehi terlebih dahulu. ARP protocol pada PC A membuat ARP request dan menghantarnya keluar. Sebelum ARP request sampai kepada alatan network yang lain, switch ada terima terlebih dahulu.
- Apabila switch menerima frame mac-address, switch perlu menghantar frame tersebut keluar melalui switch port yang betul. Pada gambarajah di atas source dan destination mac-address tiada dalam mac-address table switch.
- Kemudian Switch akan bertindak mengenali port mapping bagi source host daripada source frame mac-adress yang di terima dan switch akan menyimpan maklumat tersebut kedalam mac-adress table (0800:0222:2222 = port Fa0/1) seperti gambar rajah di bawah.
Cara
kedua:
Gambar
rajah di atas adalah contoh switch melakukan flood packet keluar pada setiap
switch port bagi mencari destinasi mac-address yang dituju. Mari baca
penerangan di bawah:
- Oleh kerana destinasi address frame adalah broadcast. Switch perlu melakukan flood packet keluar pada setiap switch port tetapi tidak pada switch port yang di terima broadcast frame.
Gambar rajah di atas adalah contoh router memberi maklum balas ARP request kepada switch secara unicast frame. Mari baca penerangan di bawah:
- Router memberi maklum balas kepada ARP request dan menghantar ARP reply packet kepada switch secara unicast frame.
- Switch mengenali port mapping source host baru daripada source mac-address dalam frame.
- Switch menyimpan maklumat ke dalam mac-address table (0800:0333:2222 = port Fa0/3).
Gambar rajah di atas adalah contoh switch menghantar maklumat frame router kepada pc keluar melalui switch port Fa0/1 setelah mempunyai maklumat mac-address table. Mari baca penerangan di bawah:
- Maklumat destinasi address frame terdapat dalam mac-address table. Oleh itu switch boleh menghantar frame keluar pada switch port Fa0/1.
- Jika destination address tidak terdapat dalam mac-address table, switch akan mengulangi flood frame keluar pada setiap switch port.
- Kesemua frame yang melalui switch tidak berubah. Apabila mac-address table di bina, kesemua unicast frames akan di hantar terus ke destinasi host berdasarkan mac-address serta data yang disimpan di dalam mac-address table.