Sunday, May 17, 2015

Perbezaan Fungsi DHCP SERVER Dan DHCP RELAY


Pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda apakah fungsi DHCP SERVER serta fungsi DHCP RELAY:


DHCP SERVER  

  • DHCP SERVER adalah servis yang beroperasi memberikan ip address pada pc klien yang meminta ip address 
  • DHCP SERVER mempunyai konfigurasi skop ip address setiap segment pengguna. Antara skop konfigurasi ip address tersebut adalah:
  1. Range ip address segment atau address pool (sila rujuk gambar dibawah)
  2. Subnet address (sila rujuk gambar dibawah)
  3. Gateway atau router address (sila rujuk gambar dibawah) 
  4. DNS address (sila rujuk gambar dibawah) 
  5. Domain name (sila rujuk gambar dibawah)
  6. Lease time (sila rujuk gambar dibawah)  



         
  • Menkonfigurasi DHCP SERVER servis bergantung kepada kesesuaian berapa banyak ip address segment pengguna dalam sesuatu network. Jika bilangan pengguna kurang dari 254 anda boleh menjalankan DHCP SERVER servis dari network appliance. Gambarajah di bawah adalah contoh konfigurasi DHCP SERVER dari wireless controller
  • Sekiranya melebihi 254 pengguna adalah sebaiknya menggunakan DHCP SERVER windows atau DHCPD linux bagi pengurusan DHCP SERVER network yang baik 



  • Anda boleh melihat konfigurasi pada network adapter klien pc anda bagi memastikan apakah alamat ip address DHCP SERVER anda. Gambarajah dibawah ini adalah contoh klien yang mendapat ip address dari DHCP SERVER melalui network appliance
DHCP RELAY
  • DHCP RELAY dikonfigurasi pada network appliance atau switches sebagai agent bagi membantu pc klien mencari lokasi ip address DHCP SERVER
  • Kebanyakan digunakan dalam design centralize network yang mana kesemua ip address segment klien berpusat pada central DHCP SERVER 

  • Anda boleh melihat konfigurasi pada network adapter klien pc anda bagi memastikan apakah alamat ip address DHCP SERVER anda. Gambarajah dibawah ini adalah contoh klien yang mendapat ip address dari DHCP SERVER secara DHCP RELAY 
 

No comments:

Post a Comment