Sunday, May 31, 2015

Bagaimana Layer 2 Switch Berfungsi


Pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana switch layer 2 berfungsi menghantar packet di dalam rangkaian anda.


Switch layer 2 pada asasnya:
  • Tugas switch hanya menerima maklumat mac-address serta menghantar mac-address kepada destinasi host mac-address yang memberi maklum balas.
  • Melakukan flood pada setiap switch port bagi mengenal pasti mac-address host berada di dalam switch tersebut 
  • Switch akan bertindak bijak mengenali sumber mac-address yang diterima serta menyimpan maklumat port mapping mac-address yang dipelajari ke dalam mac-address table
Mari kita lihat contoh bagaimana cara switch layer 2 berfungsi di bawah:


Cara pertama: 
 
Gambar rajah di atas adalah contoh switch menerima maklumat frame mac-address dari pc host A. Mari baca penerangan di bawah:
  • PC A ingin hantar maklumat kedalam rangkaian. Sebelum IP packet di hantar kepada default gateway, mac-address perlu di perolehi terlebih dahulu. ARP protocol pada PC A membuat ARP request dan menghantarnya keluar. Sebelum ARP request sampai kepada alatan network yang lain, switch ada terima terlebih dahulu.
  • Apabila switch menerima frame mac-address, switch perlu menghantar frame tersebut keluar melalui switch port yang betul. Pada gambarajah di atas source dan destination mac-address tiada dalam mac-address table switch. 
  • Kemudian Switch akan bertindak mengenali port mapping bagi source host daripada source frame mac-adress yang di terima dan switch akan menyimpan maklumat tersebut kedalam mac-adress table (0800:0222:2222 = port Fa0/1) seperti gambar rajah di bawah.
  
Cara kedua: 


Gambar rajah di atas adalah contoh switch melakukan flood packet keluar pada setiap switch port bagi mencari destinasi mac-address yang dituju. Mari baca penerangan di bawah:
  • Oleh kerana destinasi address frame adalah broadcast. Switch perlu melakukan flood packet keluar pada setiap switch port tetapi tidak pada switch port yang di terima broadcast frame.
Cara ketiga:

  
 Gambar rajah di atas adalah contoh router memberi maklum balas ARP request kepada switch secara unicast frame. Mari baca penerangan di bawah:
  • Router memberi maklum balas kepada ARP request dan menghantar ARP reply packet kepada switch secara unicast frame.
  • Switch mengenali port mapping source host baru daripada source mac-address dalam frame.
  • Switch menyimpan maklumat ke dalam mac-address table (0800:0333:2222 = port Fa0/3).  
Cara keempat:
Gambar rajah di atas adalah contoh switch menghantar maklumat frame router kepada pc keluar melalui switch port Fa0/1 setelah mempunyai maklumat mac-address table. Mari baca penerangan di bawah:
  • Maklumat destinasi address frame terdapat dalam mac-address table. Oleh itu switch boleh menghantar frame keluar pada switch port Fa0/1.
  • Jika destination address tidak terdapat dalam mac-address table, switch akan mengulangi flood frame keluar pada setiap switch port. 
  • Kesemua frame yang melalui switch tidak berubah. Apabila mac-address table di bina, kesemua unicast frames akan di hantar terus ke destinasi host berdasarkan mac-address serta data yang disimpan di dalam mac-address table.