Tuesday, May 5, 2015

Senarai Software Serial to USB Yang Terbaik



Antara software yang saya gunakan:
Hyperterminal





Sewaktu awal belajar melakukan konfigurasi switches saya sering menggunakan software ini.
Antara kelebihan Hyperterminal:
  • Boleh melakukan konfigurasi secara commport melalui console port yang terdapat pada network appliance
  • Boleh melakukan konfigurasi network appliance secara telnet
  • Boleh melakukan konfigurasi network appliance secara ssh 
  • Boleh melakukan screen text capture 
  • Boleh melakukan pemidahan file dari laptop kepada network appliance secara xmodem 

Hyperterminal hanya disokong pada windows xp sahaja. Selepas pengeluaran windows vista, windows 7 dan windows 8 sokongan telah tamatkan oleh Microsoft. Makluman penghentian sokongan hyperterminal terminal boleh di rujuk pada pautan link berikut http://windows.microsoft.com/en-us/windows/what-happened-hyperterminal#1TC=windows-7
Tetapi anda masih lagi boleh menggunakan hyperterminal dengan mendownload dari 3rd party software lain. 
 


Putty




Putty merupakan software alternatif selain hyperterminal yang dikeluarkan oleh kumpulan komuniti opensource. Antara kelebihan Putty:
  • Boleh melakukan konfigurasi secara commport melalui console port yang terdapat pada network appliance
  • Boleh melakukan konfigurasi network appliance secara telnet
  • Boleh melakukan konfigurasi network appliance secara ssh 
  • Boleh melakukan screen text capture 
Terdapat kekurangan pada Putty:
  • Tidak boleh melakukan pemindahan file secara xmodem
SecureCRT  
   


SecureCRT adalah antara software yang menjadi kegemaran saya dan masih digunakan sehingga kini. Antara Kelebihan SecureCRT:
  • Boleh melakukan konfigurasi secara commport melalui console port yang terdapat pada network appliance
  • Boleh melakukan konfigurasi network appliance secara telnet
  • Boleh melakukan konfigurasi network appliance secara ssh 
  • Boleh melakukan screen text capture 
  • Boleh melakukan pemidahan file dari laptop kepada flash drive network appliance secara xmodem  

No comments:

Post a Comment