Wednesday, June 17, 2015

Bagaimana Layer 3 Router Berfungsi Bahagian 1

Pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana router berfungsi menghantar packet di dalam rangkaian anda. 
Router pada asasnya:
  • Router diperlukan bagi mencapai hosts segment tertentu di mana maklumat segment tersebut tiada di dalamnya
  • Router menggunakan routing table untuk melakukan route antara rangkaian
Gambar rajah di bawah adalah contoh router menyimpan maklumat routing table di dalam rangkaian:  
Mari kita lihat contoh bagaimana cara router berfungsi di bawah:


Satu: 
Gambar rajah di atas adalah contoh PC A menghantar maklumat kepada PC B melalui IP default gateway. PC A mahu menghantar maklumat kepada PC B melalui IP default gateway akan melalui beberapa proses seperti penerangan di bawah:
  • PC A menghantar packet yang bukan di dalam segment kepada default gateway.
  • IP default gateway adalah alamat local router yang di konfigurasi pada PC A.
  • IP encapsulates pada PDU dalam packet layer 3 akan mengarah Layer 2 menghantar packet kepada default gateway. 
Dua:

Gambar rajah di atas adalah contoh PC A melakukan broadcast melalui switch bagi mengetahui alamat IP default gateway. PC A akan melakukan broadcast melalui switch bagi mengetahui alamat IP default gateway seperti penerangan di bawah:
  • Bagi menghantar packet, PC A memerlukan maklumat alat rangkaian next-hop Layer 2. ARP table di dalam PC A tiada maklumat tersebut dan perlu mengesahkan maklumat alamat Layer 2 (mac-address) default gateway tersebut.
  • Oleh kerana PC A tiada mapping alamat Layer 2 dan Layer 3 bagi default gateway, PC A akan melakukan proses standard ARP bagi mendapatkan mapping tersebut.
  • PC A menghantar ARP request kepada router melalui switch. 
Tiga:
Gambar rajah di atas adalah contoh router menerima ARP request daripada PC A melalui switch. Router akan melalui proses penerimaan ARP request dari PC A seperti penerangan di bawah:
  • Pengguna meletakan alamat IP 192.168.3.2 sebagai default gateway di dalam PC A.
  • PC A alamat IP 192.168.3.1 menghantar keluar ARP request dan router terima maklumat tersebut.
  • Maklumat ARP request mempunyai maklumat PC A, router akan memasukkan maklumat tersebut ke dalam ARP table router. 
Empat:


Gambar rajah di atas adalah contoh router memberi maklum balas ARP reply kepada PC A melalui switch. Router memberi maklum balas ARP reply kepada PC A melalui switch seperti penerangan di bawah:
  • Router melakukan proses ARP request seperti hosts yang lain dan menghantar kandungan maklumat ARP reply router 
 Lima:

Gambar rajah di atas adalah contoh PC A menerima maklumat ARP reply dari router melalui switch. PC A menerima maklumat ARP reply dari router melalui switch seperti penerangan di bawah:
  • PC A menerima ARP reply dari ARP request dan menyimpan maklumat tersebut ke dalam ARP table
Nota: Limit publish post page ini telah penuh akan bersambung pada bahagian kedua, Harap Maaf atas kesulitan yang berlaku!!!

No comments:

Post a Comment