Monday, October 26, 2015

Bagaimana Layer 3 Router Berfungsi Bahagian 2

Mari kita sambung pembelajaran bagaimana layer 3 router berfungsi bahagian kedua:

Enam:



Gambar rajah di atas adalah contoh PC A menghantar frame kepada default gateway pada router melalui switch. Setelah PC A menerima maklum balas ARP dari route, PC A dapat mengetahui dimana sumber default gateway seperti penerangan di bawah:
  • Sekarang Layer 2 frame dapat di hantar kepada default gateway.
  • Frame tersebut di hantar bersama alamat IP local host dan Mac-address sebagai source.

Tujuh:

 

Gambar rajah di atas adalah contoh router melakukan proses routing bagi menentukan kemana packet akan dihantar. Kemudian frame tersebut akan diproses oleh router setelah mengenali MAC address PC A seperti penerangan di bawah:
  • Apabila router menerima frame, router mengenali MAC address dan memproses frame tersebut.
  • Pada Layer 3, router melihat destinasi alamat IP bukan alamatnya, router akan meletakkan semua destinasi packets yang tidak diketahui kepada proses routing.  
  • Proses routing menetukan kemana packet perlu dihantar.

Lapan: 




Gambar rajah di atas adalah contoh router menyimpan routing table membolehkan packet di hantar terus kepada Layer 2 interface yang betul seperti penerangan di bawah:
  • Proses routing akan melihat destinasi alamat IP di dalam routing table. Pada contoh gambar di atas, destinasi segment adalah melalui interface sercara direct connect. 
  • Routing proses sudah boleh menghantar packet terus kepada Layer 2 mengikut interface yang betul selepas mengetahui sambungan interface.

Sembilan:

 

Gambar rajah di atas adalah contoh router menghantar ARP request melalui switch bagi mengetahui sambungan PC B. Seterusnya router akan menghantar ARP bagi mengetahui alamat IP dan MAC PC B seperti penerangan di bawah: 

  • Layer 2 akan menggunakan ARP proses bagi mendapatkan mapping untuk alamat IP dan MAC address.
  • Router akan mendapatkan maklumat Layer 2 sepertimana PC A dan melakukan ARP request bagi alamat destinasi Layer 3 untuk di hantar kepada sambungan.

Sepuluh: 

 

Gambar rajah di atas adalah contoh PC B memberi maklum balas ARP reply kepada router melalui switch. Kemudian PC B akan memberi balas kepada ARP request yang diterima dari router seperti penerangan di bawah:
  • PC B menerima frame yang mengandungi ARP request dan memberi maklum balas kepada ARP proses.
  • ARP proses mengambil maklumat router daripada ARP request dan menyimpan maklumat ke dalam ARP table. 
  • ARP proses menjana ARP reply dan menghantar kembali kepada router.

Sebelas:  
 
Gambar rajah di atas adalah contoh router menerima ARP reply dari PC B melalui switch. Pada akhir proses router dapat menghantar packet setelah mempunyai maklumat ARP yang diterima seperti penerangan di bawah:
  • Router menerima ARP reply dan mengambil maklumat yang diperlukan bagi menyampaikan packet kepada hop seterusnya.
  • Router menyimpan ARP tablet dan memulakan proses packet-forwading.  

No comments:

Post a Comment